BERKERJA DARI RUMAH: Memulakan Perniagaan
Perusahaan Kecil Dan Sederhana
PENGENALAN KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
Institusi kewangan adalah penyumbang utama dana kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.
Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman mereka dengan memaparkan maklumat-maklumat tentang keperluan-keperluan lazim institusi kewangan dalam memberikan pinjaman.
PROSES PERMOHONAN PINJAMAN
Umumnya, proses permohonan pinjaman terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi penyediaan pelan perniagaan, penyerahan permohonan pinjaman dan penilaian permohonan pinjaman.
PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN
Maklumat mengenai syarikat anda adalah diperlukan sebelum institusi kewangan boleh membuat keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman anda. Ini adalah untuk memastikan pemprosesan permohonan pinjaman anda berjalan dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana, ini akan melibatkan penyediaan pelan perniagaan.
Apakah Pelan Perniagaan?
Ia adalah rencana bertulis yang memaparkan wawasan anda dan bagaimana perniagaan anda akan diuruskan untuk menepati objektifnya.
Pelan perniagaan yang diolah dengan baik dan berstruktur seharusnya merangkumi dan memaparkan informasi perniagaan yang memang ingin diketahui oleh institusi kewangan. Pelan perniagaan hendaklah bersifat jelas, mudah dan ringkas.
Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?
Aspek penting pelan perniagaan adalah:

- Model perniagaan, produk/perkhidmatan, wawasan dan matlamat
- Kedudukan syarikat masa kini, dalam konteks kewangan, pasaran dan pesaing (jika ada)
- Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan perniagaan
- Keperluan pembiayaan
- Tujuan-tujuan spesifik pinjaman dan bagaimana pinjaman boleh membantu perniagaan
Pelan perniagaan yang baik seharusnya mengandungi maklumat asas seperti berikut:
- Pengenalan mengenai perniagaan anda
- Carta organisasi dan struktur organisasi
- Tujuan dan wawasan perniagaan
- Perihal produk dan perkhidmatan
- Analisis industri dan pesaing
- Strategi perniagaan
- Keperluan operasi
- Strategi jualan dan pemasaran
- Unjuran kewangan
by www.bankinginfo.com.my
No comments:
Post a Comment