Friday 28 December 2012

Peniaga Rojak Kurang Ajar

SAYA sebagai kakitangan awam yang saban hari menjamu selera di Medan Selera Jalan Duta berasa terpanggil mendedahkan sikap menjengkelkan beberapa pemilik gerai, terutama yang menjual rojak.

Mereka suka menghalau pelanggan daripada duduk di kerusi dan meja milik mereka jika tidak mengambil makanan atau pun minuman dari gerai mereka. Bahkan pelanggan daripada kalangan orang luar yang tidak mengetahui ‘tabiat pelik’ mereka ini selalu terpinga-pinga dan hilang selera makan apabila dijerkah oleh anak pemilik gerai terbabit kerana membeli makanan dari gerai lain. Saya difahamkan kelakuan biadap itu sudah beberapa kali dibawa ke dalam mesyuarat antara peniaga di Medan Selera Jalan Duta dengan DBKL, namun tabiat buruk mereka tetap tidak berubah.

SUKA ROJAK,

Taman Greenwood, Gombak.

No comments:

Post a Comment