Tuesday 27 November 2012

Kedai Emas Nazman

KEDAI EMAS NAZMAN

Kedai Emas Nazman dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh En. Nazman bin Che Iberahim bersama isterinya Puan Nurul Sujaihah binti Md. Nordin. Syarikat bumiputera ini memulakan operasi perniagaan sejak Ogos 2007 dan membuka premis secara rasminya pada 8hb Mac 2009 yang baru-baru ini di Bandar Kuala Krai.

En. Nazman berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai pada tahun 2006 dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana/Master Kejuruteraan Bioperubatan di universiti yang sama. Puan Nurul pula berkelulusan dalam bidang Sarjana Muda Ukur Bahan, juga daripada UTM pada tahun 2007.

Syarikat Nazman Enterprise (KT-0229844K) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga membekalkan pelbagai jenis minyak wangi dan barangan kristal serta barangan wanita seperti jubah moden, tudung turki, tudung bawal labuh dan t-shirt labuh untuk muslimah.
    1001 Koleksi Cincin Wanita
    1001 Koleksi Cincin Lelaki
    Cincin Lelaki Kaya Bergaya
    Barang Kemas Emas 999.9
    Loket Emas, Berlian, Intan dll
    Rantai Leher
    Coker
    Rantai Tangan - Pelbagai Variasi
    Rantai Kaki Emas
    Produk Emas Putih
    Subang dan Anting-Anting
    Gelang Emas Baby
    Produk Intan
    Loket Ukir Nama
    Gelang Ukir Nama
    Set Barang Kemas Perkahwinan
    Brooch Emas
    Pin Baju / Tudung
    1001 Produk Perak / Silver
    Jam Tangan Emas 916
    Jam Sadur Emas
    Butang Baju Melayu

1 comment:

  1. Saya Azman salah seorang dari pelanggan saudara Nazman/Nasrul yang masih belum dapat menghubungi kedai saudara walaupun telah berikhtiar menerusi pelbagai cara. Saya hanya ingin mendapat baki deposit $900 dan batu-batu delima asli milik saya kembali. Tolong hubungi saya segera di 012-3342795 supaya saya tidak mengambil tindakan undang-undang. Salam.

    ReplyDelete