Perhatian kepada Dealer, Pengedar serta Penjual Emas... Seorang Usahawan Emas Jutawan, Ingin Membongkarkan Rahsia..
Bagaimana Beliau Menjual EMAS Bernilai Jutaaan Ringgit Setiap Tahun, Tanpa Kedai, Tanpa Pekerja & Hanya Secara Part-Time!
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Kepada sahabat usahawan emas dan juga bakal usahawan emas.
Empat tahun lalu, saya hanyalah seorang lelaki
biasa yang bekerja makan gaji sebagai seorang kakitangan awam di sebuah
pusat pengajian tinggi. Alhamdulillah, dari pekerjaan tersebut dapatlah
saya menampung kehidupan keluarga saya dan membuat sedikit simpanan.
Nak kata banyak simpanan itu.. tidaklah banyak. Tetapi cukuplah untuk
menampung hal-hal kecemasan jika berlaku.
Saya sememangnya seronok dan gembira dengan
pekerjaan saya... rakan-rakan sekerja yang sekepala dan mempinyai bos
yang sangat memahami.. menjadikan tempat kerja saya sebagai satu tempat
yang enjoy untuk saya datang dan terus bekerja setiap hari.
Tetapi.. satu perkara yang menjadi kerisauan saya
ialah tentang duit simpanan saya. Maklumlah.. dari sehari ke sehari,
kos sara hidup semakin meningkat.. harga minyak naik, harga
barang-barang keperluan naik, harga yuran astro pun naik.. boleh kata
semua benda lah naik harga. Yang tak naik-naik, cuma gaji sahaja...
Perkara ini menjadikan nilai wang yang saya
miliki terasa semakin kecil dari sehari ke sehari. Jika tidak ditangani
dengan segera, kemungkinan besar, wang simpanan yang saya miliki juga
akan habis dan menyusut nilainya..
Menukar Wang Simpanan Kepada Emas
Suatu hari, saya terbaca tentang emas yang
mempunyai kelebihan di dalam melawan inflasi. Saya pasti, anda juga
sudah mendengar tentang hal ini.

Di zaman rasulullah dahulu, harga seekor kambing,
hanyalah 1 dinar, dan pada zaman kini, ianya masih lagi sama... harga
seekor kambing masih juga 1 dinar, iaitu sekitar RM700 seekor.
Ditambah lagi dengan fakta bahawa emas adalah
merupakan mata wang yang digunapakai oleh masyarakat islam suatu waktu
dulu dan juga, ada disebut di dalam alquran bahawa emas adalah logam
yang berharga.
Maka, ianya meyakinkan saya untuk menukarkan wang simpanan saya ke dalam bentuk emas.
Dipendekkan cerita saya pun menukarkan sebahagian dari wang simpanan saya kepada emas dengan membeli emas keluaran Public Gold.
Peluang Berniaga Emas
Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pelaburan
emas sahaja.. iaitu sekadar beli emas dan simpan. Tetapi, disebabkan
saya telah membeli emas dalam jumlah yang agak besar, ianya melayakkan
saya untuk menjadi salah seorang dealer bagi syarikat Public Gold.

Jadi, saya pun terfikir, "Mengapa tidak?... alang-alang sudah membeli emas, mengapa tidak saya jual ia sekali? Boleh juga tambah duit poket! :) ".
Jadi, saya pun mula bercerita kepada rakan-rakan
dan orang-orang terdekat tentang kelebihan pelaburan emas ini.
Alhamdullillah , apabila saya bercakap tentang pelaburan emas ini, ramai
rakan-rakan yang memberikan feedback yang positif dan berminat
mengenainya. Jadi ada yang menjadi pelanggan dan ada juga yang terus
mendaftar sebagai dealer juga.
Lama-kelamaan, semakin ramai yang bertanya kepada
saya tentang pelaburan emas ini, dan kadang-kadang, ianya membuatkan
saya berasa letih untuk menjawabnya berulang-ulangkali soalan yang sama
pada orang yang berbeza. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, saya
terfikir, untuk membuat website khas yang bercerita tentang pelaburan
emas. Selain dapat memudahkan saya untuk tidak menjawab perkara yang
sama berulangkali, ianya juga dapat membantu saya meluaskan lagi pasaran
saya.
Jadi, wujUdlah website www.emaskini.com yang dikendailkan oleh saya secara sambilan.
Seronok Menjual Emas!
Alhamdulillah... semenjak saya menjual emas ini,
kehidupan saya bertambah baik. Selain wang simpanan saya semakin
meningkat. Saya juga berpeluang melancong ke luar negara hasil insentif
yang diberikan oleh pihak Public Gold bagi dealer yang berjaya membuat
jualan melebihi RM2,000,000.

Disebabkan kejayaan ini, ramai juga yang bertanya
kepada saya bagaimana saya melakukannya. Jadi, saya terfikir, ada
baiknya juga saya tulis sebuah ebook. Mungkin ianya akan dapat membantu
pengedar-pengedar serta serta penjual emas yang lain untuk turut
mendapatkan hasil yang lumayan di dalam perniagaan emas mereka.
Rakan Penulis!
Namun begitu, saya tidak mempunyai begitu banyak
masa untuk menulis ebook tersebut. Jadi, saya telah mengajak rakan saya,
saudara Aqif untuk sama-sama menulis ebook ini. Tambahan lagi saudara
Aqif sememangnya mempunyai kemahiran di dalam pemasaran secara online,
dan saya juga banyak meminta nasihat dari beliau di dalam menyusun
strategi pemasaran website saya.
Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan bertungkus-lumus, akhirnya, kami berjaya menyiapkan sebuah ebook seperti dibawah.

Dua ILMU Wajib Untuk Usahawan Emas
Untuk menjadi usahawan emas yang berjaya, terdapat 2 ilmu yang perlu dikuasai. Ianya adalah (1) Ilmu Mengenai Emas, dan juga (2) Ilmu Pemasaran .
Di dalam ebook ini, kami telah memasukkan 2 bahagian tersebut. "Ilmu Mengenai Emas"
adalah ilmu tentang emas itu sendiri, ianya seperti bagaimana
mengenalpasti ketulenan emas, bagaimana menjana keuntungan di dalam
pelaburan emas dan banyak lagi.
Jika anda mempunyai ilmu yang baik di dalam
selok-belok pelaburan emas, nescaya, adalah amat mudah untuk anda
menyakinkan prospek-prospek anda membeli emas. Pembeli emas tidak akan
membeli daripada orang yang nampak seperti tidak yakin dan tidak tahu
dengan baik tentang emas. Mereka akan merasa ragu-ragu jika anda tidak
dapat menerangkan dengan baik tentang kelebihan melabur di dalam emas.
Selain ilmu tentang emas, "Ilmu Pemasaran" juga amat penting. Di dalam ebook ini, saya dan saudara Aqif banyak berkongsikan kaedah pemasaran yang berkesan secara online.
-
Bagaimana untuk membina kredibiliti dan keyakinan pelanggan terhadap anda secara online?
-
Bagaimana menggunakan media sosial dengan betul untuk membuat pemasaran?
-
4 Formula pemasaran di Facebook
-
Bagaimana Menjual Tanpa Memaksa.. dan banyak lagi.
Dapatkannya Sekarang!
Saya pasti, ebook ini akan dapat membantu anda di
dalam meningkatkan lagi hasil jualan anda sebagai pengedar , peniaga
ataupun usahawan emas.
Pada kebiasaannya, untuk sebuah ebook yang akan
mampu memberikan pulangan berganda kepada pembacanya, ianya akan
diletakkan pada harga yang tinggi. Ebook sebegini, selalunya diletakkan
pada harga tidak kurang dari RM97.
Namun begitu, saya meletakkan harga untuk ebook
ini pada kadar yang termurah di dalam kelasnya... BUKAN RM97.. BUKAN
RM77.. BUKAN
HANYA RM47 sahaja!
Ops! Nanti Dulu! Ada Bonus!
Jika anda mendapatkan ebook ini sekarang juga, saya akan berikan anda 2 ebook bonus dibawah. Ianya adalah tentang "7 Senarai Semak Usahawan Emas Jutawan" dan juga "60 Fakta Sejarah Tentang Emas".
Kedua-dua ebook bonus ini, insyallah, akan mampu melengkapkan lagi
pengetahuan anda mengenai emas dan teknik menjual emas yang berkesan.
![]() |
Bukan Hanya Untuk Pengedar Public Gold
Mungkin anda tertanya-tanya, adakah ebook ini
hanya sesuai untuk menjual emas keluaran Pubic Gold sahaja? Jawapannya..
tentulah TIDAK! Asalkan anda penjual emas... ianya adalah sangat
berguna untuk anda. Ini kerana, strategi pemasaran yang ditunjukkan di
dalam ebook ini, adalah bersifat umum, mana-mana penjual emas pun boleh
ikut dan lakukannya... ianya sesuai untuk semua jenis emas dan untuk
semua penjual emas. Sama ada secara part-time ataupun full time.
Usah Berlengah Lagi!
Jadi, usahlah berlengah lagi... jangan biarkan
rakan-rakan pengedar anda yang lain mendapatkan ebook ini terlebih
dahulu dari anda. Dapatkan sekarang dengan klik butang tempahan di bawah!
Hanya RM47 sahaja untuk anda mengetahui teknik menjual emas yang betul dan berkesan!
Sekian.
Salam Emas dan Salam Kejayaan!
Yang Benar

P/s :- Ketika anda sedang berfikir-fikir untuk
membuat keputusan, atau meragui sebarang ayat yang ditulis dalam laman
web ini, orang lain sudah pun membuat pembelian.
Malah mereka sudah mempraktikkan ilmu-ilmu dalam e-book ini. Kini
tinggal masa sahaja yang akan menentukan kejayaan dan kekayaan mereka
sebagai usahawan emas.
P/p/s :- Semakin lama anda menunggu, semakin lambat kejayaan anda. Bertindak sekarang dan dapatkan ebook ini sekarang... seterusnya, bersedialah menjadi usahawan emas jutawan!
No comments:
Post a Comment