Tuesday, 27 November 2012

EMAS SRI PINANG SDN BHD

Syarikat Kami
http://www.sripinang.com

EMAS SRI PINANG SDN BHD ditubuhkan pada tahun 1981 dan didaftarkan sebagai peruncit barangan kemas emas. EMAS SRI PINANG kini mempunyai tiga cawangan. Cawangan kedai perrtama dibuka di Semua House, Kuala Lumpur. Dua cawangan lain adalah di Kajang dan Danau Kota.

Pakar dalam barangan kemas emas, EMAS SRI PINANG menjual barang kemas reka bentuk Melayu tradisional tidak luput dek zaman yang digemari ramai dan reka bentuk berfesyen moden untuk memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan. EMAS SRI PINANG juga menampilkan barang kemas bertatah berlian dan batu permata serta menawarkan banyak pilihan seperti “Belah Rotan”, Zirkon dan cincin Suasa.

Dengan kehalusan kerja tangan dan pelbagai reka bentuk pada harga yang berpatutan, EMAS SRI PINANG hari ini telah muncul menjadi peneraju peruncitan barangan kemas emas, berlian dan batu permata.

No comments:

Post a Comment